BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 December 2008

01 Muharram 1430




Salam Muharram kpd sume especially pd kwn2 yg aku sayangi..

Alhamdulillah, smlm aku n hubby aku slmt memulakan tahun br Islam ni dgn perkara yg baik2 belaka..mghadiri majlis sambutan Maal Hijrah di Surau Darul Huda, IPD Sibu. Diharapkan permulaan yang baik bagi tahun baru ini akan memberikan kekuatan kepada kami untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar di masa hadapan. Hubby aku smlm ada bgtau susah nk jadi suami ni. Ingat senang ke? Tanggungjawab yg perlu dipikul terlalu banyak dan berat, tanggungjawab pd isteri, ibu bapa, keluarga mentua dan tanggungjawab pada masyarakat dll..smpai hubby aku ckp, klu isteri nampak sehelai rambut dgn bkn muhrim pn suami yg kena sama menanggung dosa. Betapa beratnya tanggungjawab itu. Azam tahun baru kami sudah semestinya berusaha untk mendapatkan zuriat yg soleh dan solehah..Amin... Kemudian mahu berusaha ke arah ekonomi yg lebih kukuh supaya dpt dikongsikan bersama dgn ahli keluarga yg lain..

Buat permulaannya, pagi tadi aku telah memulakan hr aku dgn meminum susu yg br aku beli smlm..susu tu aku beli dan minum adalah demi kesihatan yg lebih baik di masa hadapan. Susu ni adalah susu kolostrum pertama yg diambil dr lembu betina yg br beranak. Mcm susu pertama ibu-ibu yg br melahirkan anak la..Kan susu kolostrum tu bagus utk sistem imun kita dan bg khasiat yg sgt bagus utk baby..Konsepnye sama cuma susu aje yg lain. Aku ni minum susu lembu..nama susu ni adalah ALPHA LIPID LIFELINE..Rasanye aku xtau sbb aku ni mana suka minum susu tepung ni..aku minum pon dgn tutup idung. Tau2 telan terus..pas je telan trus aku amik air masak n teguk..da selamat pon susu tu melalui tekak aku tanpa aku mengeluarkannya semula..skrg pon ade rase cam nk termuntah. Tp cover dgn mentos. Nasib mentos ni ada rase mint tu klu x..aku rase dh uwek2 ape.. nti timbol plak spekulasi mengatakn aku pregnant kt dlm opis nie..

ni lah susu yg aku mula minum pagi tadi

Semalam sebelum tido ntah mengapa aku rase cam rindu btol dgn Asya (my niece). dia ade sent lagu ayat2 cinta yg dia nyanyi, dl dia anta masa birthday aku n then smlm tgh2 dgr airmata aku blh mengalir la plak. Nasib baik hubby aku x nampak klu x kantoi le..hehehe..bkn apa, aku ni malas la nk tunjuk kt hubby aku yg aku x brape suka dok sarawak ni. Aku bkn x suka apa, cuma aku rase jauh dr family n kwn2 je. Kat sini aku berkawan dgn hubby aku je. aku mana ade kwn dgn org lain. G shopping dgn hubby, g tgk wayang dgn hubby, g jln2 dgn hubby. Da mcm xde kehidupan dgn kwn2 ni..mgkin aku stress kot. Nk plak this CNY family aku nk buat trip g Melaka. Lg la aku stress. Family aku plak suka buat vacation bila school holidays nie. last yg aku join masa hari raya dl. Trip ke Genting. Pastu dah x ikut. Nk ikut camne, jauh sgt beb nk blk sana..Dorg plan mcm2. Nk g A Famosa Water World la, Safari World la, Menara Taming Sari, mkn ikan bakar kt Umbai. Mkn sup bola tenis la..Tapi AKU? still tertinggal kt Sibu nie..Xpe2, aku akn buat trip gak dgn hubby aku. InsyaAllah..kami akan ke Kuching CNY nie. Nk shopping kt The Spring, nk g Boulevard Kuching n Crowne Plaza. Haih! Byk gak shopping mall yg aku nk g nie..huhu! sonok2..
(Ayat nk mengembirakan diri sendiri)..hehehe..

Dah la jgn sedih2..sempena Maal Hijrah ni aku berazam akan mencuba sedaya upaya utk mencapai setiap benda yg aku inginkan dlm idup n menjadi tulang belakang disetiap kejayaan yg akn dicapai oleh hubby aku..Amin..

Sama-sama kita berusaha utk berhijrah dr perkara yg buruk kpd perkara yg lebih baik.. Semoga perjalanan dan kehidupan kita senantiasa dlm keredhaan ALLAH hendaknya..Amin..



0 comments: