BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

10 March 2009

Bahasa oh Bahasa!

Salam sume..

aku bukan nk citer pasal PSSMI yg tgh bengong melanda negara kita skrg..aku nk citer pasal sorg x-officemate aku nie..dia chinese..sejak kecil family dia sudah menetapkan bhawa sume adik-badik dia akan bersekolah di sekolah kebangsaan (di mana bahasa Malaysia di jadikan sebagai bahasa pengantara)..bkn bermaksud family dia tidak mampu utk menghantar anak-anak ke sekolah Cina atau India tapi kerana utk memahirkan anak-anaknye bertutur dlm bahasa Malaysia..di rumah kwn aku ini masih menuturkan bahasa Cina dgn ibu bapa dan sanak saudaranya..malah masih makan menggunakan chopstick dan masih mengenakan pakaian spt cheongsam dan sebagainya..

Family dia sendiri sudah tahu bahawa apabila anaknya di hantar ke sekolah kebangsaan majoriti pelajar dan muridnye adalah org melayu dan bahasa pertuturan sudah pastinye bahasa MAlaysia namun bapanye tetap berkeras kerana mementingkan masa depan anaknya itu..sekarang ini, anaknya bukan setakat fasih berbahasa Malaysia malah turut fasih bertutur dlm bahasa inggeris dan dlm masa yg sama masih faham dan boleh menulis serta bertutur dlm bahasa Cina..adakah hilang identiti anaknye sebagai orang Cina apabila belajar dlm bahasa Malaysia? adakah anaknye lupa bertutur dlm bahasa Cina apabila kerap belajar dlm bahasa Malaysia? Kita fikir sendiri apa yg berlaku pada keluarga itu? ini bukan rekaan kerana aku mendengar sendiri dia bercerita kepada aku..di awal persekolahan di sekolah rendah beliau sangat susah utk membuat karangan dlm bahasa Melayu kerana tiada sebarang rujukan dr ibu bapanya..namun kawan aku ini tetap tekun belajar kerana tanpa usaha dia tidak akan berjaya..adakah cikgu sekolahnya membuat terjemahan ke bahasa Cina atas setiap matapelajaran yg di ajar?..kawan aku ini sendiri mengatakan bahawa dia tidak menghadiri sebarang kelas tuisyen melainkan kelas yg dibuat oleh guru sekolahnya sahaja apabila peperiksaan spt UPSR, PMR, SPM dan STPM semakin hampir dan utk makluman sume bkn semua pelajar berbangsa cina menghadiri kelas tuisyen..malah kwn aku itu melanjutkan pelajaran sehingga ke John More University, United Kingdom..adakah hilang identitinye sebagai org berbangsa cina apabila belajar sehingga ke UK? tepuk dada tanye selera..

Sehinggakan aku sendiri pernah bercita-cita utk menghantar anak aku belajar di sekolah Cina supaya dia pandai dlm kira-kira (Math) dan pandai bertutur dlm bahasa Cina. Yang paling penting aku akan pastikan anak aku akan tetap pandai bertutur dlm bahasa Melayu kerana sepupu2 dan makcik2nye..aku juga akan pastikan dia ttp berpuasa dan menerapkan nilai agama di dalam dirinya..sekadar cita-cita aku sendiri..aku mahu anak aku berdikari sedari kecik kerana bersekolah jenis kebangsaan cina amat sukar kerana sudah pasti dia kena lebih berusaha utk belajar kerana di rumah tiada siapa yg pandai bertutur dlm bahasa cina..adakah cita-cita aku akan tercapai? Wallahualam..hanya Allah yg Maha Mengetahui..

0 comments: