BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

05 March 2009

True Story

Salam sume...

Korang penah x terbayang tetiba satu hr tengah syok2 minum or makan kat kedai makan pastu ada seseorg dtg n acukan pisau kat leher korg.. apa perasaan korg time tu? mesti panik kan? mesti fikir yg mcm2 kan? citer ni betol2 terjadi kepada kwn hubby aku..tgh syok2 menikmati Teh Tarik kat satu kedai makan kat bandar Sibu nie (nama kedai terpaksa di rahsiakan) tetiba beliau di datangi seorg lelaki cina yg terus mengacukan pisau ke leher beliau.. walaupon beliau adalah seorg anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah namun beliau sendiri panik menghadapi situasi yg x diduga itu..

Namun beliau sangat bersyukur kerana lelaki tersebut masih mahu menjawab soalan yang ditanya.. beliau mengambil kesempatan ini untuk menguasai keadaan. Beliau cuba mengambil Revolver (pistol) yang terselit di pinggang dan apabila beliau cuba hendak menembak lelaki tersebut pistol tersebut tidak meletup.. Lelaki cina tersebut menggelabah apabila polis tersebut mengacukan pistol kepadanya dan dia sempat menetak mangsa sebelum melarikan diri..sekali lagi polis tersebut bernasib baik kerana hanya seluar jeans beliau sahaja yg koyak...

Korang bayangkan sekiranye pistol tersebut berfungsi dengan baik pasti sudah berkecai kepala lelaki cina tersebut dan polis tersebut mesti sudah berjaya membunuh seorang lelaki yg belum tentu bersalah..mungkin ada hikmah di sebalik semua itu..

Aku tanya jugak kepada hubby aku kenapa pistol tersebut x dapat mengeluarkan peluru..hubby aku pon terang la kepada aku walaupon aku x berapa faham..aku ni nama aje isteri polis tapi nk pegang pistol pon aku takut..aku ni asyik bayang benda yg bengong2 aje..klu hubby aku suh amik pistol dia mmg aku akan tolak..terus terang aku mmg takut..mcm2 leh jadi tau..aku takut berasas..bkn x penah jadi pistol tu makan tuan..kan byk yg berlaku sebelum nie..

ish! aku citer pasal pistol plak..kita continue dgn citer polis dan lelaki cina tadi ye.. lps lelaki cina tadi melarikan diri, polis tersebut terus membuat laporan polis dan usaha memburu suspek di jalankan.. korg tau kan, polis Malaysia ni hebat..dapat jumpa lelaki cina tadi x sampai 24 jam pon..lelaki tersebut di bawa ke balai dan di soal siasat.. setelah disiasat lelaki cina tersebut tersalah orang..hello? lu ingat lu suka suki leh ckp salah org? salah org la sbb lu nk rompak tetiba kena kat polis kan? polis mmg x kan lepaskan lu tau..tu nasib baik kena kat polis kebetulan ada pistol nk tunjuk..klu kena kat org awam yg xde pisau or pistol lu rasa apa lu akan buat? lu nk sembelih dorg ke? heh! lain kali nk duit usaha lebih sikit la..sesuka ati je nk duit g rompak org, nk duit g ugut org..lu ingat ni negeri lu punya ke? piiirah!!! emo plak aku hr nie..hehehe...


byk kejadian yg berlaku kat sibu nie yg berlaku depan mata aku...
nti citer lain plak..
K la...
daa..

0 comments: