BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 February 2009

aku telah merasa bosan...

Salam sume...

korang penah tak rasa bosan tapi xtau apa yang boleh dibuat bagi menghilangkan kebosanan itu..Haish! sejak 2 menjak ni mcm2 yg aku tension kan..aku langsung xde masalah dlm perkahwinan..Alhamdulillah, so far hubungan kami bertambah bahagia walaupon tanpa kehadiran anak..hopefully dlm masa terdekat ni adalah berita baik..huhu..

aku mula stress sejak aku menonton rancangan Warung Kita di Astro Prima pada jumaat lps..mmg x munasabah utk aku tension klu di sbbkan oleh rancangan tv kan? tp tulah aku sendiri x memahami kondisi ini..dlm episod lps pengacara membawa penonton makan ikan bakar di PJ..aku tgk pon aku dah tau sedap...kat sibu ni mana la ikan bakar yang sama macam tu..aku sudah mencari namun tak aku temui..aku sangat merindui kg halaman ku..btol la org kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..jauh mcmana pon aku mmg amat merindui kg yg dah lama aku tinggalkan..rindunya nk meronda-ronda kg, melawat rumah kwn2 mak dan menegur jiran2 yg lalu lalang di depan rumah..oh! rindunya saat itu..bilakah akan tiba saat itu?dah lama aku tidak berjumpa kak long ku di kampung..hr raya puasa thn lps kali terakhir kami berjumpa..sudah lbh 4 bulan tidak pulang ke kg..sudah lama tidak melawat pusara arwah bapak..sudah lama tidak membacakan surah Yassin di pusara arwah namun tidak bermakna aku sudah lupakan semuanya..Kalian ttp berada di dalam hati aku dan insyaAllah selagi Allah berikan aku kekuatan dan ingatan utk membaca ayat2 suci itu akan aku lakukan walaupon bukannya di pusara..aku doakan roh arwah bapak aku berada di tempat org2 yang beriman dan org2 soleh..Amin..

kemudian hari ahad lps aku dan hubby merancang mahu menonton wayang filem animasi yg hebat diperkatakan skrg iaitu filem Geng (Upin&Ipin)..korg tau x apa yg terjadi? Filem tu x ditayangkan kat Sibu nie..yg ada hanya la citer Cina dan Omputih aje..kenapa, kat sini hanya org cina aje ke yg menonton wayang? org melayu x g tgk wayang ke? korang bayangkan la betapa frust menonggengnya aku..pastu mulalah aku tension lagi..mulalah aku kuarkan ayat2 yg x sepatutnya..hubby aku la yg aku persalahkan..x patutkan dia yg menjadi mangsa..mcm bodoh je aku ptg tuh..marah2 kat hubby aku padahal dia langsung x bersalah..abis tu aku nk salahkan sape lg..lps aku marah2 tu hubby aku pujuk dgn bawak g boling..aku tanya hubby, x bosan ke dok kat sibu nie? dia ckp nk bosan apa? ayg kan ada kat sini..ceh! nk romantik pon agak2 la..huhu..seriously, aku dah bosan kat sini..2 tahun bg aku satu tempoh masa yg sudah lama utk sesiapa mengenali sibu..pendek kata nk menunjukkan aku dah mahir dgn jalan2 kat sibu ni aku leh pejam mata aje dah sampai..mmg xde langsung pembangunan yang diberikan kepada sibu..yg semakin gah naik adalah gereja, kuil buddha, pasar2 b**i..aku bukan la nk membandingkan pembangunan yang kita kecapi di semenanjung tapi aku betol2 bersyukur betapa bertuahnya kita rakyat di semenanjung berbanding rakyat di Sarawak..perbezaan yg amat ketara adalah di Sibu ini sendiri..perkampungan melayu/iban hanya berumah papan di tepi sungai Sarawak manakala rumah2 kaya (C*na) gah dibina di tepi2 jalan utama, mmg sangat ketara perbezaan rakyat di sini..hasil peribumi sarawak di gunakan secukupnya oleh pihak tertentu..rakyat sarawak yg mempunyai pekerjaan dan pelajaran sahaja yang dapat hidup selesa. Kwn aku yg mempunyai STPM tapi bekerja dgn gaji yang tidak sampai RM500. Brg2 keperluan mahal di jual..korg fikir adakah cukup dgn RM500 utk hidup selesa? keja kilang dgn gaji RM15 sehari dimana klu didarabkan dengan 26 hari bekerja tidak smpai RM400 pon sebulan..anda rasa itu cukup utk menampung makan dan anak2? itu belum lagi jalan2 persekutuan bg menghubungkan rakyat di sesuatu tempat..pemimpin atau wakil rakyat mana nk tau kesusahan rakyat sbb mereka dtg melawat dgn menaiki helikopter dan kapal terbang. Mereka tidak merasai jalan2 yang berlopak atau berombak..aku merasai sendiri pengalaman memandu dari Sibu ke Miri dan dipertengahan jalan kereta aku yg comel itu pancit terlanggar lubang yang amat dalam dan besar..setiap hari/malam mmg kerap berlaku tayar kereta pancit di jalan tersebut..di manakah suara rakyat Sarawak..carilah perubahan dalam pemerintahan anda..Tan Sri George Chan sudah menyatakan hasrat utk meletakkan jawatan..Yg sorg lagi itu bilakah masa nk diumumkan perletakan jawatannya? Tun Dr Mahathir sendiri sudah bersara, sudah2 la mengumpul kekayaan di atas kesusahan rakyat..aik! tetiba politik plak..hah! aku tidak menyokong mana2 pihak. Jgn membuat spekulasi terhadap aku..aku sudah letih mendengar mainan politik yang berleluasa di negara kita sekarang..masing2 ada kelebihan dan keburukan..aku hanya melihat kerana hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apakah agenda politik mereka..Wallahualam..

entry aku hr nie mungkin ada kaitan dengan politik, tp aku bukan nk menyokong mana2 pihak kerana aku sendiri adalah ahli UMNO dulu, kini dan selamanya..hahaha...siapakah yg akan menjawat jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno..Sama2 la kita saksikan bulan Mac nti..aku tiada kuasa utk mengundi kerana aku bukan la perwakilan yg di lantik..hehehe..tiada sesalan..

aku dah letih..aku dah penat utk membebel..daa


4 comments:

miSs dee 4 dino said...
This comment has been removed by the author.
miSs dee 4 dino said...

kita geng lagi kak sue..daia pun dah makin meluat dan bosan dengan senario politik negara kita..semua parti pun sama..semua ahli politik nak penuhkan tengkolok masing2..yg merana sape?rakyat biasa macam kita..politik mmg kotor..xkira lah warna ape bendera yg diaorg junjung..same je..!

Juliet said...

jom pindah negara!!

hahahahahahahahaha!

sian kak su. meh la menetap kembali ke semenanjung nie. kwn2 ramai. sedare mare ramai.

boooooo sibu! booooooo!! =P

jgn bosan2 k.. pegi la bercuti!

SuFarizan said...

nak nangis tp x kuar airmata..camne tuh?nk balik semenanjung tapi bila?? isk!isk!isk!