BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Luv u so much... Show all posts
Showing posts with label Luv u so much... Show all posts

24 February 2009

aku telah merasa bosan...

Salam sume...

korang penah tak rasa bosan tapi xtau apa yang boleh dibuat bagi menghilangkan kebosanan itu..Haish! sejak 2 menjak ni mcm2 yg aku tension kan..aku langsung xde masalah dlm perkahwinan..Alhamdulillah, so far hubungan kami bertambah bahagia walaupon tanpa kehadiran anak..hopefully dlm masa terdekat ni adalah berita baik..huhu..

aku mula stress sejak aku menonton rancangan Warung Kita di Astro Prima pada jumaat lps..mmg x munasabah utk aku tension klu di sbbkan oleh rancangan tv kan? tp tulah aku sendiri x memahami kondisi ini..dlm episod lps pengacara membawa penonton makan ikan bakar di PJ..aku tgk pon aku dah tau sedap...kat sibu ni mana la ikan bakar yang sama macam tu..aku sudah mencari namun tak aku temui..aku sangat merindui kg halaman ku..btol la org kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..jauh mcmana pon aku mmg amat merindui kg yg dah lama aku tinggalkan..rindunya nk meronda-ronda kg, melawat rumah kwn2 mak dan menegur jiran2 yg lalu lalang di depan rumah..oh! rindunya saat itu..bilakah akan tiba saat itu?dah lama aku tidak berjumpa kak long ku di kampung..hr raya puasa thn lps kali terakhir kami berjumpa..sudah lbh 4 bulan tidak pulang ke kg..sudah lama tidak melawat pusara arwah bapak..sudah lama tidak membacakan surah Yassin di pusara arwah namun tidak bermakna aku sudah lupakan semuanya..Kalian ttp berada di dalam hati aku dan insyaAllah selagi Allah berikan aku kekuatan dan ingatan utk membaca ayat2 suci itu akan aku lakukan walaupon bukannya di pusara..aku doakan roh arwah bapak aku berada di tempat org2 yang beriman dan org2 soleh..Amin..

kemudian hari ahad lps aku dan hubby merancang mahu menonton wayang filem animasi yg hebat diperkatakan skrg iaitu filem Geng (Upin&Ipin)..korg tau x apa yg terjadi? Filem tu x ditayangkan kat Sibu nie..yg ada hanya la citer Cina dan Omputih aje..kenapa, kat sini hanya org cina aje ke yg menonton wayang? org melayu x g tgk wayang ke? korang bayangkan la betapa frust menonggengnya aku..pastu mulalah aku tension lagi..mulalah aku kuarkan ayat2 yg x sepatutnya..hubby aku la yg aku persalahkan..x patutkan dia yg menjadi mangsa..mcm bodoh je aku ptg tuh..marah2 kat hubby aku padahal dia langsung x bersalah..abis tu aku nk salahkan sape lg..lps aku marah2 tu hubby aku pujuk dgn bawak g boling..aku tanya hubby, x bosan ke dok kat sibu nie? dia ckp nk bosan apa? ayg kan ada kat sini..ceh! nk romantik pon agak2 la..huhu..seriously, aku dah bosan kat sini..2 tahun bg aku satu tempoh masa yg sudah lama utk sesiapa mengenali sibu..pendek kata nk menunjukkan aku dah mahir dgn jalan2 kat sibu ni aku leh pejam mata aje dah sampai..mmg xde langsung pembangunan yang diberikan kepada sibu..yg semakin gah naik adalah gereja, kuil buddha, pasar2 b**i..aku bukan la nk membandingkan pembangunan yang kita kecapi di semenanjung tapi aku betol2 bersyukur betapa bertuahnya kita rakyat di semenanjung berbanding rakyat di Sarawak..perbezaan yg amat ketara adalah di Sibu ini sendiri..perkampungan melayu/iban hanya berumah papan di tepi sungai Sarawak manakala rumah2 kaya (C*na) gah dibina di tepi2 jalan utama, mmg sangat ketara perbezaan rakyat di sini..hasil peribumi sarawak di gunakan secukupnya oleh pihak tertentu..rakyat sarawak yg mempunyai pekerjaan dan pelajaran sahaja yang dapat hidup selesa. Kwn aku yg mempunyai STPM tapi bekerja dgn gaji yang tidak sampai RM500. Brg2 keperluan mahal di jual..korg fikir adakah cukup dgn RM500 utk hidup selesa? keja kilang dgn gaji RM15 sehari dimana klu didarabkan dengan 26 hari bekerja tidak smpai RM400 pon sebulan..anda rasa itu cukup utk menampung makan dan anak2? itu belum lagi jalan2 persekutuan bg menghubungkan rakyat di sesuatu tempat..pemimpin atau wakil rakyat mana nk tau kesusahan rakyat sbb mereka dtg melawat dgn menaiki helikopter dan kapal terbang. Mereka tidak merasai jalan2 yang berlopak atau berombak..aku merasai sendiri pengalaman memandu dari Sibu ke Miri dan dipertengahan jalan kereta aku yg comel itu pancit terlanggar lubang yang amat dalam dan besar..setiap hari/malam mmg kerap berlaku tayar kereta pancit di jalan tersebut..di manakah suara rakyat Sarawak..carilah perubahan dalam pemerintahan anda..Tan Sri George Chan sudah menyatakan hasrat utk meletakkan jawatan..Yg sorg lagi itu bilakah masa nk diumumkan perletakan jawatannya? Tun Dr Mahathir sendiri sudah bersara, sudah2 la mengumpul kekayaan di atas kesusahan rakyat..aik! tetiba politik plak..hah! aku tidak menyokong mana2 pihak. Jgn membuat spekulasi terhadap aku..aku sudah letih mendengar mainan politik yang berleluasa di negara kita sekarang..masing2 ada kelebihan dan keburukan..aku hanya melihat kerana hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apakah agenda politik mereka..Wallahualam..

entry aku hr nie mungkin ada kaitan dengan politik, tp aku bukan nk menyokong mana2 pihak kerana aku sendiri adalah ahli UMNO dulu, kini dan selamanya..hahaha...siapakah yg akan menjawat jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno..Sama2 la kita saksikan bulan Mac nti..aku tiada kuasa utk mengundi kerana aku bukan la perwakilan yg di lantik..hehehe..tiada sesalan..

aku dah letih..aku dah penat utk membebel..daa


21 February 2009

Kesian dia..tp tulah xde jodoh

Salam sume,

semalam hubby aku ada citer pasal kawan dia nie..aku pon kenal gak la sbb sll ada function mesti jumpa dgn dorg berdua nie..awek dia cantik n baik orgnye..stelah hampir 4thn bercinta, sebelum masuk thn 2009 dorg dah x couple..patut la dah lama x nampak dorg bersama2 lagi n pompuan tu pon dah lama x guna keta n motor bf dia..rupanye dah break off..kesian kat awek dia kan?

sbb apa aku kesian kat awek dia adalah kerana dia mmg mengharap sgt pada bf dia nie..siap rancang nk wedding camne dan nk buat reception kat sibu gak even dorg ni org semenanjung..bf dia tu org melaka n awek dia org kajang.. dulu2 awek dia sll la tanye aku bila nk ada baby pastu aku jwb la on the way buat baby la nie..pastu aku pon mesti ler tanye soklan wajib kat dia bila nk kawen? sbb dia tanya pasal aku kan? sat g klu aku x tanye dia pape kot dia terasa hati plak..hahaha..dia x jawab tapi dia suh tanye bf dia..aku yang sengal ni pon tanye la bf dia bila nk kawen? bf dia leh jawab ala enjoy dl, blom masanye lagi..depan awek dia leh jawab camtu..hampeh punye bf..kesian kat awek dia kan?

skrg nie kisah cinta dan clash dorg menjadi perbualan hangat la di kalangan kawan2 hubby aku..yelah, dorg ni hot couple..cam belangkas, ke mana peg
i mesti berdua aje..smpai penah kena sound dgn bos dorg. kawin2 la..buat apa tunggu lagi. nti lama2 bosan tau..tp tulah, klu pompuan aje yg nak kawin tapi lelaki tu belum bersedia nk buat camne kan? kesian kat awek dia kan?

aku kenal la dgn bf dia nie. eh skrg dah x-bf dia..mmg jenis lelaki yg kaki enjoy la..x suka pada komitmen nie..mgkin buat masa skrg nie dia nak enjoy dl kot tapi umur dia bkn muda lg..dah 28 pon, tapi tulah kan jodoh pertemuan di tangan Allah..bercinta lama2 pon klu Allah kata dia bukan jodoh kita mmg xde la jodoh kita..sape yang boleh lawan kuasa Allah..kita hanya merancang namun Allah yang menentukan..

Aku nk citer gak la..dl sblm kawin dgn hubby aku mmg byk la episod berendam air mata nie..mana taknye, hubby aku lps training terus posting ke Kuching. Jauh giler, nk jumpa mmg susah la..tepon je yg jadi perantara. sedih la plak ingat kisah lama..hahaha..poyos tul aku nie.. aku plak masa tu praktikal kat kuantan. pastu ada la satu insiden di mana hubby aku buat hal..dia leh terpikat kat org sarawak la..minah tu g layan plak tuh..punye la ramai lg anggota hubby aku yg ikut nape la dia leh pandang hubby aku yg x hensem tu..huhu(bg aku hubby aku hensem je)..hehehe..mungkin Allah nk duga hubungan kami..hampir seminggu gak la dia bengong camtuh..pastu aku ni hari2 la merenung nasib dlm bilik..nasib baik pemikiran waras hasil pembacaan buku motivasi. aku pon tepon la mak mertua (masa tu bakal la) aku bgtau yang anak dia dah x nak aku..mak dia terkejut giler siap nangis2 lagi..hahaha..kelakar la plak bila ingat..pastu dia tanya pasal apa anak dia dah x mao aku, aku pon apa lagi buat la drama bersiri..aku ckp yg anak dia dah dapat org sarawak..kelam kabut keluarga mertua aku..huhu..mmg bapak dia hangin la..terus tepon ugut anak dia..siap ckp g apa2 pon ayah nak Su jadi menantu..huhu..sebijik cam drama kan? kelakar gila bila ingat sekarang..hehehe..setakat nie itulah dugaan yang paling hebat penah melanda hubungan kami..lps aje hubby aku menyesal dgn perbuatan dia dan2 ajak aku kawin..hehehe..aku pon ckp la dgn mak aku yg si farizan ni ajak kawin..mak aku x bg plak sbb masih study..so, mak aku suh bertunang dl..pastu hubby aku pon ckp la dgn family dia n kami pon bertunang la n tetapkan tarikh pernikahan kami sekali.masa masalah tu melanda aku mmg x putus2 berdoa minta Allah tunjukkan klu betol dia jodoh aku dkt kan la dia di hati aku n klu dia bukan jodoh aku jauhkan la dari hati aku..Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku dan dia mmg ditakdirkan untuk aku dan aku ditakdirkan untuk dia..cewah! ayat poyo giler..uwek! nk muntah la plak..hehehe...aku rase klu xde episod tu dlm perhubungan kami mungkin sampai skrg aku belum kawin agaknye..

bagi yang bercinta lama2 tuh aku faham perasaan korang..mmg bercinta nie memenatkan. Nak plak bagi pompuan, mmg penat giler..nk melayan perasaan lagi, jelous tu dah semestinya..bila dah kawin mmg lega giler perasaan nie..bkn aku ckp bila dah kawin xde masalah tapi kurang sikit la..jelous pon dah berkurangan sbb kita sentiasa ada dekat dgn dia..klu bertuah dapat la suami yang baik n beriman..klu x baik pon kita sebagai isteri la kena nasihatkan..kawin ni bukan utk suka2..byk tanggungjawab yg perlu kita pikul..tegur menegur antara satu sama lain..klu x solat sama2 tegur, klu lupa sama2 ingatkan..klu btol2 faham apa tujuan perkahwinan ni InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat..tp aku nk ingatkan lelaki walupon dia kawin sampai 4 org skalipon tanggungjawab pada mak dia adalah yang paling utama. aku takut sangat kalu mak mertua aku terasa hati dgn hubby aku..x selamat dunia akhirat beb..susah nk digambarkan dgn perkataan keseronokan berkahwin nie..yang aku tau kawin mmg best..hehehe..jom ramai2 kawin..

Tadi dpt call dari hubby aku..nk tukar keta plak dah..hai mcm2 la dia ni..aku ikut aje malas nk bising2...tukar keta boleh, jangan tukar isteri sudah..Nauzubillah, minta jauh sgt2 perkara buruk camtuh..

17 February 2009

Happy 2nd Anniversary

Salam sume..

Today is 17.02.2009 genaplah sudah 2 tahun kami berkahwin and hidup bersama..Alhamdulillah sgt2 selama berkahwin and hidup dgn hubby aku nie aku x penah kena jentik and kena tengking dgn dia..i'm so lucky woman married wif my husband..Thanks Allah for giving me a very best husband in my life (for me lah ok)..rase sekejap sgt masa berlalu. mcm baru semalam je ikut hubby dtg sarawak slps married..tau2 dah 2 tahun hubungan kami sebagai husband and wife di bumi Allah ini..Syukur yang amat dengan kurniaan Allah ini..kdg2 aku fikir, Allah x berikan aku benda nie Dia gantikan aku dengan benda lain..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian yg berlaku pada kita semua..smlm ingat nk celebrate dgn masak something special la alih2 hubby aku kena g dinner kat RH Hotel sbb Dato' CP dtg sibu nie plak..DOrg ni dtg time org nk celebrate plak..last2 tinggal la aku sorg2 buat karipap lps blik keja smlm..tetiba plak ptg smlm rajin nk buat karipap..karipap tu bkn aku goreng pon. aku simpan dlm fridge je.konon2 lps balik keja klu lapar leh goreng and makan la..aku buat pon sbb kesian kat hubby aku la..weekend ari tu x cukup dia mkn karipap yang aku buat..sedap sgt ke karipap tu or sbb dia lapar kot..
Kami ade bg hadiah kat masing2 tp x mahal la..cuma t-shirt polo and perfume Esprit je..hubby aku plak bagi handbag Guess, wallet CR and jam Bonia..sume kami beli masa g kuching dl..bungkus siap2 sbb mmg beli utk hadiah anniversary ke-2 kami..bkn la hadiah tu penting sgt tp utk menghargai pasangan apalah salahnye kita bg hadiah utk tunjukkan rase sayang kita kan? Wah! ayat aku x hingat..
Ya Allah! sempena ulangtahun ke-2 perkahwinan kami ini, kami mohon kepada-Mu berikan lah kepada kami rezeki yg murah, anak-anak dan zuriat yg soleh dan solehah, keimanan yang kukuh kepada-Mu Ya Allah agar kami dapat menempuh segala cabaran dan liku2 kehidupan di masa hadapan, kesihatan yang baik dan berikan lah kepada kami kebahagian di dunia dan akhirat serta semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..
Amin..

13 January 2009

The meaning of Love


Cute dak?




Hello & Salam Sume...


Last week and this week makes me feel x selesa..adakah kerana aku menghidap sindrom penyakit bulanan or what? Ntah le apa nk jd dgn dunia skrg..tgk berita n bc paper pon buat kita mengucap panjang..maunye x, dgn serangan Israel ke atas Gaza n penangkapan polis ke atas org Melayu yg mengunjungi pusat hiburan yang minum arak n amik dadah. Tu belum lg yg kena tangkap khalwat, klu tgk Sebutan Syariah kt Astro Oasis mesti ramai yg takut nk buat maksiat..Yelah, skrg ni sume org pk klu kena tangkap khalwat apa susah bayar aje denda..Ni aku nk citer satu kes mahkamah syariah di mana abg aku menjadi hakim..keja hakim kan menjatuhkan hukum..dia ada la geram dgn sepasang kekasih nie..dh byk kali sgt kena tangkap khalwat, x serik2 mereka melakukan maksiat..Last2 abg aku jatuhkan hukuman penjara 2 bulan dan denda RM1000 kpd pasangan tersebut. Apa lg bila kena dgr penjara tu, meraung la kedua2nye..padan muka. X serik2, itu br hukum dunia, belum akhirat lg..Wallahualam..sepatutnye sume kes khalwat yg bersalah kat Malaysia ni bg penjara je hukumannye, br la bg pengajaran kt org lain..ini x, bila ngaku bersalah, bayar denda. Pastu dorg buat lg..nk plak klu yg byk duit tuh..lg ler senang nk lepas..klu ukit hukum Islam yg sebenarnye lg berat hukuman bg pesalah yg berkhalwat@berzina nie tau..Nauzubillah, aku takut sgt terjadi pd keturunan dan keluarga aku..Minta jauhkan la dr perkara2 tersebut..Malu keluarga beb..

Skrg nie pon aku rase cam org Melayu lbh barat dr omputih sendiri..nk nampak maju pon kena ikut cara dorg ke? ntah la..citer2 drama Melayu pon byk dah ikut cara dorg..baik aku tgk citer omputih terus..hehe..

Ah! xnak stress2 lagik..smlm nk citer, aku bwk adik n mak aku g makan kt Restoran Raja Rasa kt Sibu nilah..Ni first time masuk kedai ni, den nk torai la rase makanan sini best atau x..k la, aku pon order la nasi goreng raja rasa n then aku minta la waitress tu terangkan skit nasi tu camne..penerangan cam menarik so aku pon order jelah. Mak aku order Mee Soup and adik aku nasi goreng ayam butter. Nasib baik la aku order gak sayur kailan masak sos tiram.. aku order air Teh C Special..bg sesape yg x penah minum air ni aku cadangkan korg minum le..mmg best sgt2..Ok2, kita proceed dgn citer menu makanan td. Dah smpai la makanan setelah menunggu hampir 1/2 jam..aku nie bila tgk nasi grg ade mix vegies tu mmg aku x suka tp aku torai la gak makan..dah mkn 2 sudu, aku mmg xleh nk masuk lg..aku pon bg la kt adik aku tuh..adik aku ni sume benda dia makan, kecuali yg haram n yg xleh mkn je..yg lain mmg dia makan. Pastu aku pon ckp la dgn mak aku lain kali mmg x masuk dah restoran ni..

Eh! aku br perasan yang entry aku ni lari dr tajuk..hehe..aku melalut ntah ke mana..sorry guys..sebenarnya smlm aku ade bc blog seseorg nie..aku lupa dah apa nama dia..tp best gak la apa yg dia ckp tuh..the meaning of Love.. dia ckp perempuan dan lelaki yg dah kawin x memerlukan Love, mereka hanya perlukan bahagia..tp bg aku, walau dah kawin atau x, love tu tetap penting. Yelah, klu xde Love mcmana nk bahagia kan? Mcmana nk membina kehidupan klu tanpa Love..Betul tak? Love ni mcm2 maksudnye, ada yg ckp maksud Love is CInta, ada gak yg ckp Sayang..Tp meanings bg both perkataan tu are different. For me, Cinta we said to someone we like and mostly we just said when it necessary only..but Sayang ni universal..we said Sayang to our family, our friends, our someone special and etc..We said Sayang in everytime yg kita rase nk cakap..to anyone yg kita rasa selesa nk ckp..tp different ppl different opinion rite? which one yg kita rase ok, kita buat..I lebih prefer Sayang dr Cinta..hehe..


Smlam hubby aku g Sarikei, ade special inspection, ptg ni dia blk la..sat je dia g..aku kesorgan mlm td tapi x mengapa sbb aku dah biasa..hubby aku g pon sbb tugas kan..besalah kehidupan isteri seorang polis..hehe..sll klu g Sarikei mesti dia beli buah tangan kt aku..alamak, lupa nk amik gambar pokok2 sayur aku..Alhamdulillah, lps beli tanah baru yg ada baja tu makin cepat pokok2 tu membesar. Pokok cili aku dah bertambah byk daun2nye. Camtu gak la dgn pokok halia n pokok kari aku..mak aku suh beli bekas besar skit..aku dah beli pon bekas utk pokok tu..

K la..
daaaaaaa....

28 November 2008

New Necklace and Bracelet

Smlm hubby aku belanja gelang n rantai baru utk aku..pastu buka akaun ASB utk aku gak..utk simpanan masa depan katenye..nk buat potongan gaji utk aku..oh! sayang. I love u sooooo much!...

citer pasal rantai n gelang emas nie..aku bkn suke sgt pakai benda alah nie. cam MAMI JARUM plak..lgpon aku nie sorg yg simple. x suke la..serabut. Hubby aku da beli kena le pakai..tu pon aku jap pakai jap cabut..pape pon, hubby aku beli sbb dia sayang aku kan? haha..

Hubby aku byk berbelanja utk brg umah last week. Dia br je beli set kerusi n carpet utk tambahkan koleksi dlm umah. Lantak la my lovely hubby. As long as u happy wif what u do. I'm happy if u happy..hehehe..aku ni xtau nk citer ape..xde idea le. aku cam rase dah lama x tulis dlm entry nie..cam busy ngan keje je..padahal bkn bz mane pon..

Smlm pon mak aku br smpai dr Miri..byk citer menarik dr my nephew about Miri. mcm la aku x penah g sane..dr makanan, percakapan, cara hidup, tempat tinggal, suasana persekitaran sume berubah bg dorg..yelah, mana xnye..dok kt taiping hampir berbelas tawun tetiba kena transfer miri maunye x berubah. tu blom anak buah aku masuk skolah lg..nti ade yg kuar ayat dr Syafiq nie..'mak, apiq x fhm ape depa ckp..dok kamek2..kamek tu apa mak?' aku confirm mesti kuar ayat tuh dr anak buah aku yg bernama Syafiq tu nti.. 1st day jejak kaki kt Miri, g mkn nasi ayam pon sama. Dia leh sound owner kedai makan tu..'uh! x sedap langsung nasik ayam nie'. klu aku jd tokey kedai tu mau meraung 3hr 3 mlm bile budak umur 7thn sound aku camtu.. bkn nasi tu x sedap mgkin la selera kita x sama..bg dorg yg besa mkn kt area sarawak ni mesti dah leh tima makanan dorg..ataupon mgkin ada kedai yg ok mgkin gak ade yg sekadar nk mencuba nasib kot2 nasi or makanan dia sedap bg org lain. Who knows kan? Cam aku plak, dah lbh setahun kt sibu nie aku dah leh tau kedai mana yg best n mana yg mmg hampeh..tapi ada gak kwn aku suggest kedai mkn. dia ckp mkanannye ok tp bila aku g try x besh langsung..sbb tu aku ckp, selera n tekak x sama..BTOL x? hehe..

skrg da 11.30am, aku blom buat pape keja pon lg..td bos aku suh tepon Kementerian Dalam Negeri..mmg hampeh tol keje gomen nie..org da la rushing nk uruskan keja. dia leh bwk sume kakitangan g seminar kt Langkawi..panas ati tol tau..geram je aku nk maki2 tp memandangkan ari nie jumaat so aku pon..'as sabru minal iman' SABAR ITU SEPARUH DRP IMAN..Alhamdulillah, aku ingat lg hadis tu..klu x mmg dah...haish! ikut ati.. org da apply surat dr 20 oktober 2008 lg..da lbh sebulan anto x kan x siap2 proses lg..lembab btol..sape la yg amik pekerja kt KDN tu ek..sape la penemuduga masa dia interview tu..cam smlm kata dah fax utk dua tempat tapi yg sampai satu tempat je. nasib baik yg tempat satu lg tu x urgent mana klu x mmg da berhamburan kata maki makian dari bos aku..hehe..hish! x baik btol hr jumaat nie marah2 org..apalah su nie..x baik tau..hehe..

ok lah..aku nk blk lunch nie..mak aku masak sambal tumis sotong kt umah tu..kelaparan n rindu masakan mak aku..dah lama x mkn mak aku masak..huhu..

adios..